December 18, 2010

Mainan Warna

Pilihan warna bantu bina minda si kecil

Sebenarnya mainan warna tu amat penting dalam menjana minda serta emosi anak kita.Cuba kita tgk warna apa yang sesuai utk anak kita dlm kita sibuk menata rias bilik mereka....



Biru

Seringkali dikaitkan dengan ketenangan.Ianya berupa merangsang minda si kecil yang sukar tidur,ianya sesuai utk merangsang minda si kecil utk berehat dan memudahkannya tidur.


Hijau
Umum mengetahui bahawa ia seringkali dikaitkan dgn alam semulajadi.Warna ini merupakan simbolik terhadap kedamaian dan keindahan serta mampu memberi impak yang menyegarkan pada minda si kecil.



Jingga

Jingga warna yang aktif dan ceria . Si kecil yang gemarkan warna ini pastinya mempunyai perwatakan yang ceria dan mudah untuk didekati.Namun jika terlalu banyak warna ini didlm bilik si kecil akan menyukarkannya untuk tidur.


Merah
Bagi si kecil anda yang agak pasif, sedikit sentuhan warna merah mampu membantu menjana mendanya untuk lebih aktif beraktiviti dan bersemangat utk berekplorasi. Ini kerana warna merah seringkali berkait rapat dgn kuasa dan kesungguhan.

mama izah :)

--- U like it :)


December 8, 2010

Sayur oh sayur....

Tak lah susah maner!!!

Cubaan pertama aku bagi anak makan sayur...baru bermula. Walaupun bagi sesetengah org agak lambat sepatutnya sejak bayi lagikan...tp bagi ku baik cuba dari tidak...Semuanya bermula gara-gara pendaftaran tadika yang lalu...Thn depan anak dah umur 6 thn lambat daftar takut penuh lak...Semasa Pn Aiza beri penerangan dan syarat-syarat yang kena dipatuhi klu nk dok tadika tu la... Bagi ku syarat-syarat tu aku boleh terima dan anak pun boleh buat la...


Tapi yang merisaukan aku bab makan sayur...anak aku mmg tak makan sayur langsung...Bukan tak ajar tapi depa ader jer sayur dlm mulut terus luahkan wlupun masa suap tu aku dah sorokkan dlm nasi tak nak bagi nampak...jd aku yang malas nie terus give up. Pn Aiza kata "kat sini wajib makan sayur tak de terkecuali" Aku pun pakat dgn husband nak paksa depa makan sayur gak masih ader sebulan nak train sebelum sekolah dibuka. Bukan aper taklah nnt anak aku terkejut sgt kena paksa masa tu..


Sayur pertama yang aku kenalkan sayur brokoli. Masa nak bagi tu depa mmg susah, tapi aku yakin kan pada diaorg sayur nie tak pahit langsung. Anak kata "mama betul ker pokok nie tak pahit warna dia pekat jer...abg tkt nk makan" aku yakin kan pada diaorg sayur nie mmg tak pahit dan banyak khasiatnya dan bla bla bla...meneranggan ku panjang lebar.Akhirnya berjaya juga anak2 ku menghabiskanya. Dan hari seterusnya aku perkenalkan sayur yang lain mcm bayam, sawi...nampaknya ushaku berjaya juga...


Rupa-rupanya tak susah kita nak ajar anak kita makan sayur nie cuma sebagai ibu kita kena pandai memujuk dan jangan mudah putus asa. Lega mama anak-anak mama dah boleh makan sayur...:P
Buku "mama saya lapar.." nie banyak memberi panduan dan pengalaman wardina dlm memberi makan pada anak-anaknya yang secara tak langsung memberi idea pada ku...Suka sgt




mama izah :)

--- U like it :)

November 28, 2010

Pancakes


Blueberry Pancakes





150g tepung

2 sd bsr gula pasir
1 sd kcl baking powder
1/2 sd kcl soda bikarbonat
secubit garam
240 ml buttermilk
Atau gunakan yohgurt polos 120g ditambah 120 ml susu skim
1 butir telur
esin vanili 
150g blueberry
Sunflower minyak untuk mengoles
2 sd bsr sirup maple

 Cara:-



1.Masukkan tepung gandum, gula, soda bikarbonat, baking powder dan garam dalam mangkuk. Tambah setengah buttermilk, telur dan vanili ekstrak

2.Kacau semua bahan untuk membuat adunan. Tambah baki buttermilk dan kacau sampai halus.

3.Tambah blueberry dan campuran mereka ke dalam adunan lembut. Cuba untuk tidak skuasy mereka.

4.Sedikit minyak dan panas kuali non stick. Drop dalam 2 sd makan adonan pada pancake. Masak selama satu dan ahalf sampai 2 minit sampai keemasan di bawah dan berbuih. Flip atas dan masak selama 1 hingga 2 minit lebih lanjut. Sajikan dengan sirup maple.



--- U like it :)

mama izah :)

November 27, 2010

Roti oh roTi....

Checkerboard chicken Sandwich

Bahan2
1 potong roti gandum
1 sudu makan. PHILADELPHIA Cream Cheese
1 kpg chicken ham
3 iris tomato
1 potong roti putih

Cara2:

1.SPREAD roti gandum dengan  krim keju; letak dengan hirisan daging, tomato dan roti putih. 2.Potong sandwich menjadi 3 jalur melintang, kemudian 3 jalur menegak untuk membuat 9 kotak. 3.Susun dlm lunchbox, bergantian warna yang diperlukan untuk menyerupai sebuah dam.

Sesuai utk anak2 bawa ke sekolah

--- U like it :)

mama izah :)

November 25, 2010

Umur

Usia yang sesuai Untuk hamil????

Hemmm dari segi faktor Tahap Kesuburan & Kesihatan

Bagi usia 20 an
-Wanita dlm lingkungan usia nie mudah hamil kerana pada ketika ini, tahap kesuburan mereka tinggi. Resiko utk keguguran juga rendah. Mmg betul pun...

Bagi usia 30 an
-Perbezaan dgn wanita yang hamil pada usia 20an, pada usia 30an wanita mengalami kesukaran untuk hamil kerana tahap kesuburan semakin rendah.
-Resiko utk keguguran pun tinggi...
-Klu dah sampai 35 thn pilak berhadapan dgn masalah kesihatan lak...mcm diabetes,darah tinggi , anak lahir pra matang.

Bagi usia 40 an
-Percubaan utk hamil pada masa ini agak sukar memandangkan tahap kesuburan semakin rendah.
-Resikonya hampir sama dgn wanita yang sekitar usia 30an.
-Mereka juga dikatakn mudah mendapat diabetes dan lebih sukar melahirkan bayi.

Dari segi tenaga lak...
-Anda sentiasa bertenaga dan kurang keletihan ketika hamil mahu pun selepas bersalin, pada usia 20an, tapi perasaan cepat marah sering menguji kesabaran.
-Tenaga semakin berkurang apabila usia 30an, cepat letih dan hilang tumpuan tapi tahap kesabar semakin bagus...
-Membesarkan anak pada usia40an memang meletihkan,namun pada usia ini lebih sabar dan tidak terlalu cerewit..mgkn darah dah sejuk kot..cool jer..

Bila dikaji semula mmg ader kebenarannya...sebab saya telah melaluinya....


--- U like it :)


mama izah :)
Melebatkan Rambut bayi

Biasanya rambut anak kita yang telah dicukur jampul ada kalanya mengambil masa yang lama utk tumbuh semula. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh la mencuba pertua ini. Ambil beberapa helai daun asin,delima dan melur. Giling kesemua bahan tersebut, kemudian dicampurkan bersama bedak sejuk dan air. Sapu pada kepala bayi, ramuan nie pun mampu menyuburkan rambut selain menyejukkan kepala bayi anda.





--- U like it :)


mama izah :)

November 23, 2010

Banyak Khasiatnya...

Untuk Tambahkan Darah…

Kalau masa pregnant kita sering rasa nak pitam tak leh diri lama2...cepat lesu tu tandanya kita kurang darah klu tak silap saya tlg betul kan ya klu silap paras yang normal ialah 13.
Cara yang mudah dan cepat untuk tambahkan darah kita ialah dgn memakan :- 
1.Epal hijau tak kira lah kita buat jus ker atau makan mcm tu sahaja...makan dlm 3 biji sehari

2.Buah kurma amalkan dari awal kehamilan selain mengelakan hb rendah ia juga memudahkan proses membuang air besar, masa tu kan biasanya kita mengalami sembelit yang teruk sgt dgn memakan kurma setiap hari sepanjang kehamilan ia memang membantu cuba la...

Sekian dulu tips kehamilan utk hari ini.....



--- U like it :)


mama izah :)