December 8, 2010

Sayur oh sayur....

Tak lah susah maner!!!

Cubaan pertama aku bagi anak makan sayur...baru bermula. Walaupun bagi sesetengah org agak lambat sepatutnya sejak bayi lagikan...tp bagi ku baik cuba dari tidak...Semuanya bermula gara-gara pendaftaran tadika yang lalu...Thn depan anak dah umur 6 thn lambat daftar takut penuh lak...Semasa Pn Aiza beri penerangan dan syarat-syarat yang kena dipatuhi klu nk dok tadika tu la... Bagi ku syarat-syarat tu aku boleh terima dan anak pun boleh buat la...


Tapi yang merisaukan aku bab makan sayur...anak aku mmg tak makan sayur langsung...Bukan tak ajar tapi depa ader jer sayur dlm mulut terus luahkan wlupun masa suap tu aku dah sorokkan dlm nasi tak nak bagi nampak...jd aku yang malas nie terus give up. Pn Aiza kata "kat sini wajib makan sayur tak de terkecuali" Aku pun pakat dgn husband nak paksa depa makan sayur gak masih ader sebulan nak train sebelum sekolah dibuka. Bukan aper taklah nnt anak aku terkejut sgt kena paksa masa tu..


Sayur pertama yang aku kenalkan sayur brokoli. Masa nak bagi tu depa mmg susah, tapi aku yakin kan pada diaorg sayur nie tak pahit langsung. Anak kata "mama betul ker pokok nie tak pahit warna dia pekat jer...abg tkt nk makan" aku yakin kan pada diaorg sayur nie mmg tak pahit dan banyak khasiatnya dan bla bla bla...meneranggan ku panjang lebar.Akhirnya berjaya juga anak2 ku menghabiskanya. Dan hari seterusnya aku perkenalkan sayur yang lain mcm bayam, sawi...nampaknya ushaku berjaya juga...


Rupa-rupanya tak susah kita nak ajar anak kita makan sayur nie cuma sebagai ibu kita kena pandai memujuk dan jangan mudah putus asa. Lega mama anak-anak mama dah boleh makan sayur...:P
Buku "mama saya lapar.." nie banyak memberi panduan dan pengalaman wardina dlm memberi makan pada anak-anaknya yang secara tak langsung memberi idea pada ku...Suka sgt




mama izah :)

--- U like it :)

No comments:

Post a Comment